Friday, July 1, 2011

Cerita disebalik papan tanda


"Tanah Haram bermula di sini."Itulah isi di papan tanda yang sering dilihat para jemaah haji dan umrah yang melakukan perjalanan dari Tanah Halal selepas bermiqat ke Tanah Haram.Papan tanda ini hanya dapat dilihat dari sempadan Tanah Haram Makkah dan Madinah.Hanya orang islam sahaja yang boleh memasuki Tanah Haram ini.Namun begitu,terdapat banyak perkara aneh berlaku ketika orang bukan islam memasuki sempadan Tanah Haram.Walaupun sudah ditulis di papan tanda mengatakan "Orang bukan Islam dilarang masuk " tetapi terdapat segelintir cuba memasuki Tanah Haram ini.

Terdapat banyak perkara yang aneh terjadi pada orang-orang seperti ini.Antaranya:

Cerita 1: Seorang lelaki Yahudi yang berbangsa Israel memalsukan pasport dan kad pengenalannya dengan meletakkan nama dan maklumatnya dengan nama dan maklumat Islam.Ketika berada di 'checkpoint' di sempadan antara Tanah Halal dan Tanah Haram.Seorang anggota polis berasa ragu-ragu dengan lelaki ini.Lelaki Yahudi ini berkata pada anggota polis bahawa dia seorang Muslim.Tetapi anggota polis itu berasa ragu-ragu dengan lelaki itu kerana wajah lelaki itu seperti Yahudi.

Untuk memuaskan hati anggota polis itu,dia ditanya tentang rukun iman dan islam.Lelaki Yahudi ini berasa gugup kerana dia 'pancit' dalam bab ni.Disebabkan dia tidak dapat menjawab soalan itu tadi,maka Yahudi itu ditangkap.

Cerita 2: Seorang Yahudi memalsukan maklumat peribadinya pada Islam dalam pasport dan kad pengenalannya.Selepas melepasi sekatan polis Kerajaan Arab Saudi dan memasuki Tanah Haram,lelaki Yahudi ini dikejar beberapa anjing liar.

Cerita 3: Seorang wanita 'Islam' warga Filipina bernama Fauziah Miswari bekerja sebagai pembantu rumah dengan sebuah keluarga jutawan di Riyadh,Arab Saudi bernama Syeikh Abdul Fahad 20 tahun lalu.

Suatu hari,Syeikh Abdul Fahad membawa keluarganya menunaikan umrah.Beliau membawa pembantu rumahnya sekali.Selepas membaca niat di Tana'im bersempadan dengan Makkah,kelihatan papan tanda sempadan Tanah Haram berbunyi "Orang bukan Islam dilarang masuk."

Selepas melepasi papan tanda itu,anaknya Syeikh Abdul menjerit kerana melihat Fauziah tiada di tempat duduknya sedangkan pembantu rumahnya itu berhimpit dengan anaknya.Kejadian ini menimbulkan tanda tanya.Bagaimana dia boleh hilang sedangkan pintu kereta berkunci.

Polis Arab Saudi tidak melihat sebarang tanda-tanda menunjukkan dia terjun atau melompat dari kereta.Lalu,Kerajaan Arab Saudi melaporkan hal ini pada duta besar Filipina di Riyadh.

Selepas mendapat nombor telefon keluarga Fauziah,ibunya terkejut apabila anaknya itu bernama Fauziah sedangkan anaknya itu bernama "Falcon Delmonte" beragama Kristian.Pihak polis mendapati bahawa pasport pembantu rumahnya itu dipalsukan olehnya kerana orang bukan islam mempunyai peluang yang sangat tipis untuk bekerja di Arab Saudi kerana majoriti penduduknya hanya mahu mengambil pekerja beragama Islam sahaja.

No comments:

Post a Comment