Saturday, January 22, 2011

Penipuan Gambar Makam Rasulullah (SAW)

Makam Rasulullah yang asli
Makam Sultan Uthmaniyyah Othman Ghazi

Gambar ini hanya makam tokoh sufi Jalaluddin al Rumi di Konya,Turki.

Pada abad yang ke-20 ini terdapat satu perkara yang mengejutkan umat Islam dunia iaitu penipuan gambar-gambar yang kononnya menyimpan jasad Rasulullah (SAW).Astaghfirullah.Gambar-gambar ini sudah ada dijual di negara-negara Islam dan banyak digantung di rumah-rumah dan masjid-masjid.Ketahuilah wahai kaum Muslimin semua bahawa kita semua tidak akan dapat melihat isi makam Rasulullah(SAW).Hanya ada habuk,kegelapan dan cahaya.Inilah gambar-gambarnya.Harap umat Islam semua ambil perhatian.

Gambar Masjid Nabawi yang jarang dilihat





Selalu gambar pemandangan Masjid Nabawi sudah banyak kali dilihat dan banyak dijadikan perhiasan didalam rumah.Tapi ada beberapa gambar masjid Nabawi yang jarang-jarang dilihat.Makam Rasulullah (SAW) yang berpagar kini dahulunya berkeranda pada 1907.Jika anda melihat gambar-gambar ini pasti rasa rindu pada Rasulullah (SAW) pasti membara dan membuak-buak.

Asal-usul Syiah


Syiah.Satu fahaman yang mementingkan dan mengagungkan Ahlul Bayt(Keluarga Rasulullah SAW) berbanding Rasulullah SAW.Negara terbesar berfahaman Syiah ialah Iran dan majoritinya di Iraq.Ramai yang kurang mengetahui asal-usul Syiah ini.Ceritanya begini.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib (sepupu+menantu Rasulullah)memerintah,ada seorang lelaki beragama dan bangsa Yahudi bernama Abdullah ibn Sabak menemui Saidina Ali (KWJ).Dia berkata pada Ali (KWJ):

"Wahai Ali,aku percaya bahawa kau ADALAH JELMAAN TUHAN!." Saidina Ali menafikan tohmahan Abdullah ibn Sabak ini lalu menyuruhnya bertaubat tetapi dia enggan.Setelah beberapa kali dia enggan bertaubat kerana menyebarkan ajaran yang menyimpang dari Islam.Lalu,Saidina Ali (KWJ) memerintahkan para pengawal untuk menangkap dan membunuh Abdullah ibn Sabak.

Abdullah ibn Sabak mengetahui tentang rancangan Saidina Ali untuk menangkapnya lalu dia lari dari ditangkap askar Ali.Abdullah ibn Sabak menyebarkan ajaran Syiah pada kaum muslimin yang mengatakan bahawa Saidina Ali itu TUHAN dan JELMAAN IMAM MAHDI.

Kini,ajaran Syiah yang menyimpang dari Islam iaitu Ahlus-Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh dengan Al Quran dan Sunnah merebak di negara-negara Islam seperti Iran,Iraq,Syria,Pakistan dan banyak-banyak lagi.Negara terbesar yang memegang teguh Syiah adalah Iran dan Iraq.

Dalam ajaran Syiah,mereka berkata bahawasanya ibadah haji hanya boleh dilakukan di Iraq iaitu Najaf (tempat makam Saidina Ali) dan Karbala (tempat Saidina Hussein anak Saidina Ali syahid).Ini membuktikan bahawa Syiah telah menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Mereka mengatakan bahawa darah Ahlus-Sunnah wal Jamaah HALAL dibunuh.Mereka juga mengatakan bahawa Rasulullah (SAW) menyuruh berpengang pada Al Quran dan Ahlul Bayt.Sedangkan,Rasulullah (SAW) menyuruh umatnya berpegang pada Al Quran dan Hadis (Sunnah).

Mereka juga menyuruh pengikut2nya (Syiah) mengkafirkan dan mencela Saidina Abu Bakar,Umar,Aisyah,Uthman dan sahabat2 Rasulullah yang lainnya sedangkan Rasulullah (SAW) bersabda bahawa siapa yang mencela sahabat2nya akan dicela dan dilaknat Allah (SWT).

Ini hanya beberapa kisah tentang Syiah agar boleh dijadikan Iktibar dan pelajaran.Sesungguhnya,Ahlus-Sunnah wal Jamaah adalah kaum Muslimin yang sebenar yang mengikut Al Quran dan Hadis (Sunnah).Wallahu'alam.