Saturday, February 20, 2010

Sunan Ampel


Sunan Ampel atau Raden Rahmatullah ialah ahli 'Wali Songo' yang kedua selepas ayahnya Sunan Gresik.Tempat beliau tidak jelas kerana ada yang menyebut beliau lahir di Kemboja dan India.Beliau berdakwah di Ampel Denta dan mendirikan madrasah di situ.Beliau berkahwin dengan Nyi Ageng Manila dan hasil perkahwinannya beliau dapat 4 cahaya mata iaitu,Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang),Raden Qasim (Sunan Drajat),Dewi Murtasiah dan Nyi Ageng Maloka.Beliau seorang yang alim hingga para wali-wali yang lain memanggilnya 'ayahnda'.Beliau meninggal di Ampel Denta pada tahun 1481M dan makamnya terletak di Surabaya.

Sunan Gresik


Sunan Gresik atau nama sebenarnya Maulana Malik Ibrahim dilahirkan di Maghribi (morocco).Ayahnya bernama Ibrahim Asmaro yang mempunyai talian darah dengan Rasulullah saw.Beliau berhijrah ke tanah jawa untuk berdakwah setelah belajar ilmu agama dan tasawuf.Beliau adalah pelopor gerakan dakwah di tanah jawa yang terkenal iaitu 'SEMBILAN WALI' atau 'WALI SONGO'.Setelah berkahwin,beliau mendapat beberapa orang anak.Salah seorang anaknya telah mengikut jejak ayahnya.Namanya Raden Rahmatullah (Sunan Ampel).Setelah mendirikan beberapa madrasah,beliau kembali ke Rahmatullah.Akan tetapi misi menjalankan dakwah dijalankan oleh beberapa orang anaknya termasuk Sunan Ampel.Makam Sunan Gresik dimakam di Gresik.

Potret Ulama dan Wali

Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir Jailani
Imam Al Ghazali
Sultan Muhammad Al Fateh

Parameswara