Thursday, November 15, 2012

Makam Rasulullah SAW bahagian dalam.

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434 h kepada blogger-blogger dan pembaca blog sekalian yang dirahmati dan dimuliakan.Sudah setahun lebih ku tidak membuka dan mengupdate blog ini kerana sibuk mengahadapi peperiksaan yang besar. Seperti yang diketahui,Madinah al Munawwarah merupakan tanah suci kedua Islam selepas Makkah al Mukarramah.Di tanah inilah Rasulullah SAW mendoakan kesuburan tanah Madinah dan kesejahteraan penduduknya.Di tanah inilah wafatnya kekasih Allah dan bersaksinya Nabi atas orang mukmin yang meninggal dan dikebumikan di sana. Setiap kali musim haji dan umrah,para penziarah dan jemaah tidak ketinggalan menziarahi kota Madinah setiap kali menunaikan ibadah haji dan umrah untuk mengucapkan selawat dan salam keatas Rasullullah SAW dan menziarahi maqamnya yang mulia.Sepertimana yang diketahui,ketika menziarahi makam Rasulullah saw dan dua sahabatnya yang mulia,para jemaah akan mendapat pemandangan makam seperti ini. Namun,pada akhir-akhir ini,dunia Islam digemparkan dengan penemuan baru iaitu pemandangan makam Rasulullah SAW dari bahagian dalam.Agak mengejutkan bagaimana seseorang boleh menangkap gambar makam sedangkan pintu-pintu masuk makam telah berkunci dan ditutup selama 40 tahun selepas menukar kelambu makam Nabi yang terakhir.Namun perkara itu tidak mustahil kerana mungkin seseorang itu diberi kemuliaan oleh Allah untuk memasuki kamar pemakaman nabi atau disebut dalam bahasa arab الحجرة النبوية.Wallahu A'lam... Bilik yang menempatkan makam Rasulullah SAW,Abu Bakar ra dan Umar ra yang ditutupi dengan kain kiswah. Ruang pemakaman bahagian rumah Saidatina Fatimah az Zahra ra Peta ruang pemakaman. Kain kelambu ruang makam Rasulullah dan dua sahabat asyraf. " style=""> Pemandangan ruang makam dari luar dan Raudhah. Pintu masuk ke ruang makam. Inilah gambar ruang dan makam Nabi SAW yang asli dan sebenar kerana telah dipaparkan beserta bukti.Sebarang kemusykilan boleh ditulis dalam komen.Semoga Allah memberkati usaha kita dalam menentang sebarang penipuan tentang gambar makam Rasulullah yang sebenarnya.

Friday, July 1, 2011

Cerita disebalik papan tanda


"Tanah Haram bermula di sini."Itulah isi di papan tanda yang sering dilihat para jemaah haji dan umrah yang melakukan perjalanan dari Tanah Halal selepas bermiqat ke Tanah Haram.Papan tanda ini hanya dapat dilihat dari sempadan Tanah Haram Makkah dan Madinah.Hanya orang islam sahaja yang boleh memasuki Tanah Haram ini.Namun begitu,terdapat banyak perkara aneh berlaku ketika orang bukan islam memasuki sempadan Tanah Haram.Walaupun sudah ditulis di papan tanda mengatakan "Orang bukan Islam dilarang masuk " tetapi terdapat segelintir cuba memasuki Tanah Haram ini.

Terdapat banyak perkara yang aneh terjadi pada orang-orang seperti ini.Antaranya:

Cerita 1: Seorang lelaki Yahudi yang berbangsa Israel memalsukan pasport dan kad pengenalannya dengan meletakkan nama dan maklumatnya dengan nama dan maklumat Islam.Ketika berada di 'checkpoint' di sempadan antara Tanah Halal dan Tanah Haram.Seorang anggota polis berasa ragu-ragu dengan lelaki ini.Lelaki Yahudi ini berkata pada anggota polis bahawa dia seorang Muslim.Tetapi anggota polis itu berasa ragu-ragu dengan lelaki itu kerana wajah lelaki itu seperti Yahudi.

Untuk memuaskan hati anggota polis itu,dia ditanya tentang rukun iman dan islam.Lelaki Yahudi ini berasa gugup kerana dia 'pancit' dalam bab ni.Disebabkan dia tidak dapat menjawab soalan itu tadi,maka Yahudi itu ditangkap.

Cerita 2: Seorang Yahudi memalsukan maklumat peribadinya pada Islam dalam pasport dan kad pengenalannya.Selepas melepasi sekatan polis Kerajaan Arab Saudi dan memasuki Tanah Haram,lelaki Yahudi ini dikejar beberapa anjing liar.

Cerita 3: Seorang wanita 'Islam' warga Filipina bernama Fauziah Miswari bekerja sebagai pembantu rumah dengan sebuah keluarga jutawan di Riyadh,Arab Saudi bernama Syeikh Abdul Fahad 20 tahun lalu.

Suatu hari,Syeikh Abdul Fahad membawa keluarganya menunaikan umrah.Beliau membawa pembantu rumahnya sekali.Selepas membaca niat di Tana'im bersempadan dengan Makkah,kelihatan papan tanda sempadan Tanah Haram berbunyi "Orang bukan Islam dilarang masuk."

Selepas melepasi papan tanda itu,anaknya Syeikh Abdul menjerit kerana melihat Fauziah tiada di tempat duduknya sedangkan pembantu rumahnya itu berhimpit dengan anaknya.Kejadian ini menimbulkan tanda tanya.Bagaimana dia boleh hilang sedangkan pintu kereta berkunci.

Polis Arab Saudi tidak melihat sebarang tanda-tanda menunjukkan dia terjun atau melompat dari kereta.Lalu,Kerajaan Arab Saudi melaporkan hal ini pada duta besar Filipina di Riyadh.

Selepas mendapat nombor telefon keluarga Fauziah,ibunya terkejut apabila anaknya itu bernama Fauziah sedangkan anaknya itu bernama "Falcon Delmonte" beragama Kristian.Pihak polis mendapati bahawa pasport pembantu rumahnya itu dipalsukan olehnya kerana orang bukan islam mempunyai peluang yang sangat tipis untuk bekerja di Arab Saudi kerana majoriti penduduknya hanya mahu mengambil pekerja beragama Islam sahaja.

Sunday, May 1, 2011

Azab Allah pada penzina



Dahulu Malaysia dikejutkan dengan pelbagai kes buang bayi.Tahun lepas,hampir setiap hari keluar berita tentang gejala ini.Ini disebabkan berlakunya gejala zina yang berleluasa dan ramai diantaranya adalah umat Islam.

Azab Allah pada penzina amat berat di akhirat dimana kemaluannya ditusuk.Berikut adalah cerita dan bukti azab Allah pada penzina sudah tiba sejak di dunia lagi.

1)Bangkok-Thailand.Polis Thailand menyerbu sebuah pusat pelacuran yang terkenal dan mendapati seorang pelacur telah mati selepas 2 jam melakukan zina dengan pelanggannya.Keadaan pelacur itu amat mengerikan,pihak polis mendapati wajah dan tubuh pelacur itu hitam terbakar.Gambar diatas.

2)Seorang ustaz menceritakan suatu kejadian yang berlaku di Melaka apabila seorang isteri berzina dengan teman lelaki simpanannya ketika suaminya bekerja.Ketika berzina,tubuh kedua-dua pasangan itu melekat dan tidak dapat dipisahkan.Ketika pasangan ini dibawa ke hospital untuk dibedah,salah seorang pasangan itu telah meninggal dunia.

3)Negara Arab.Seorang penceramah terkenal menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang warak dan taat pada agama.Ketika bercuti,dia telah bertemu dengan seorang wanita.Bermula dengan minum arak,pemuda tersebut dipaksa oleh wanita untuk minum air kencing setan itu.Setelah dipaksa,dia tewas.Dia minum arak bersama wanita itu hingga mabuk.Selepas mabuk,wanita itu membawa pemuda itu ke sebuah hotel berdekatan.Wanita itu mengajaknya melakukan zina dan pemuda itu meniyakannya.Selepas berzina,kedua-dua pasangan itu bertelanjang,pemuda itu meninggal serta merta di atas katil.

4)Negara Arab.Sepasukan ahli Jabatan Agama bahagian pencegah maksiat melakukan serbuan di sebuah hotel mewah yang menjadi sarang pelacuran.Ketika tiba di satu bilik,semua anggota terkejut melihat seorang wanita dan dua lelaki bertelanjang bulat mati di atas katil tanpa sebab.

Tunaikanlah kewajipan walau di mana kita berada






Bersyukurlah kita sebab telah diberi kemudahan untuk beribadat seperti masjid dan surau.Tetapi,kita tidak menunaikan kewajipan yang diberi dengan menjauhi masjid.Kita bernasib baik dan beruntung kerana telah diberi kemudahan berbanding dengan saudara kita yang lain.

Lakaran Rasulullah SAW versi kafir





"Barangsiapa yang berdusta tentang diriku,hendaklah dia menyiapkan tempatnya di neraka."(Nabi Muhammad SAW)

Melalui hadis diatas,kita dapat mengetahui apakah sebab Rasulullah (SAW) berkata demikian.Pada zaman ini,pelbagai agama dan kaum cuba melukis dan menggambarkan rupa dan wajah Rasulullah (SAW).Rasulullah (SAW) melarang sama sekali pada umatnya dan sahabatnya untuk melakar dan menggambarkan wajah dan rupa nabi kerana Rasulullah (SAW) takut mereka akan menyembah Nabi (SAW) seperti agama Kristian yang melakar dan menyembah potret Nabi Isa (AS).

Berikut ialah lukisan2 dan lakaran Rasulullah (SAW) yang dilukis oleh kaum kafir dan munafik.

Tuesday, February 1, 2011

Pakaian seorang pemimpin umat akhir zaman


Gambar ini diambil di Muzium Topkapi di Istanbul,Turki.Menunjukkan gambar pakaian Rasulullah (SAW) ketika Baginda hidup.Bandingkan pakaian kita yang cantik,megah dan berkilat.Sedangkan Rasulullah (SAW) cuma memakai jubah yang koyak dan usang.

Saturday, January 22, 2011

Penipuan Gambar Makam Rasulullah (SAW)

Makam Rasulullah yang asli
Makam Sultan Uthmaniyyah Othman Ghazi

Gambar ini hanya makam tokoh sufi Jalaluddin al Rumi di Konya,Turki.

Pada abad yang ke-20 ini terdapat satu perkara yang mengejutkan umat Islam dunia iaitu penipuan gambar-gambar yang kononnya menyimpan jasad Rasulullah (SAW).Astaghfirullah.Gambar-gambar ini sudah ada dijual di negara-negara Islam dan banyak digantung di rumah-rumah dan masjid-masjid.Ketahuilah wahai kaum Muslimin semua bahawa kita semua tidak akan dapat melihat isi makam Rasulullah(SAW).Hanya ada habuk,kegelapan dan cahaya.Inilah gambar-gambarnya.Harap umat Islam semua ambil perhatian.