Sunday, May 1, 2011

Azab Allah pada penzina



Dahulu Malaysia dikejutkan dengan pelbagai kes buang bayi.Tahun lepas,hampir setiap hari keluar berita tentang gejala ini.Ini disebabkan berlakunya gejala zina yang berleluasa dan ramai diantaranya adalah umat Islam.

Azab Allah pada penzina amat berat di akhirat dimana kemaluannya ditusuk.Berikut adalah cerita dan bukti azab Allah pada penzina sudah tiba sejak di dunia lagi.

1)Bangkok-Thailand.Polis Thailand menyerbu sebuah pusat pelacuran yang terkenal dan mendapati seorang pelacur telah mati selepas 2 jam melakukan zina dengan pelanggannya.Keadaan pelacur itu amat mengerikan,pihak polis mendapati wajah dan tubuh pelacur itu hitam terbakar.Gambar diatas.

2)Seorang ustaz menceritakan suatu kejadian yang berlaku di Melaka apabila seorang isteri berzina dengan teman lelaki simpanannya ketika suaminya bekerja.Ketika berzina,tubuh kedua-dua pasangan itu melekat dan tidak dapat dipisahkan.Ketika pasangan ini dibawa ke hospital untuk dibedah,salah seorang pasangan itu telah meninggal dunia.

3)Negara Arab.Seorang penceramah terkenal menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang warak dan taat pada agama.Ketika bercuti,dia telah bertemu dengan seorang wanita.Bermula dengan minum arak,pemuda tersebut dipaksa oleh wanita untuk minum air kencing setan itu.Setelah dipaksa,dia tewas.Dia minum arak bersama wanita itu hingga mabuk.Selepas mabuk,wanita itu membawa pemuda itu ke sebuah hotel berdekatan.Wanita itu mengajaknya melakukan zina dan pemuda itu meniyakannya.Selepas berzina,kedua-dua pasangan itu bertelanjang,pemuda itu meninggal serta merta di atas katil.

4)Negara Arab.Sepasukan ahli Jabatan Agama bahagian pencegah maksiat melakukan serbuan di sebuah hotel mewah yang menjadi sarang pelacuran.Ketika tiba di satu bilik,semua anggota terkejut melihat seorang wanita dan dua lelaki bertelanjang bulat mati di atas katil tanpa sebab.

Tunaikanlah kewajipan walau di mana kita berada






Bersyukurlah kita sebab telah diberi kemudahan untuk beribadat seperti masjid dan surau.Tetapi,kita tidak menunaikan kewajipan yang diberi dengan menjauhi masjid.Kita bernasib baik dan beruntung kerana telah diberi kemudahan berbanding dengan saudara kita yang lain.

Lakaran Rasulullah SAW versi kafir





"Barangsiapa yang berdusta tentang diriku,hendaklah dia menyiapkan tempatnya di neraka."(Nabi Muhammad SAW)

Melalui hadis diatas,kita dapat mengetahui apakah sebab Rasulullah (SAW) berkata demikian.Pada zaman ini,pelbagai agama dan kaum cuba melukis dan menggambarkan rupa dan wajah Rasulullah (SAW).Rasulullah (SAW) melarang sama sekali pada umatnya dan sahabatnya untuk melakar dan menggambarkan wajah dan rupa nabi kerana Rasulullah (SAW) takut mereka akan menyembah Nabi (SAW) seperti agama Kristian yang melakar dan menyembah potret Nabi Isa (AS).

Berikut ialah lukisan2 dan lakaran Rasulullah (SAW) yang dilukis oleh kaum kafir dan munafik.