
Sheikh Haji Muhammad Said al Linggi

Tukku Paloh
7 Wali Melayu adalah 7 tokoh ulama yang terkenal pada awal abad-19...mereka adalah:
1:Habib Nuh (Singapura)
2:Tukku Paloh (Terengganu)
3:Tuan Tulis (Negeri Sembilan)
4:Syeikh Haji Muhammad Said Linggi (Negeri Sembilan)
5:Syeikh Muhammad Nur Kholidi (Terengganu)
6:Tuk Kenali (Kelantan)
7:Syeikh Hussein Kedah Al Banjari (Kedah)
Ulama yang terkenal adalah Habib Nuh kerana beliau adalah dari keturunan Rasulullah (SAW) dan Sheikh Haji Muhamma Said al Linggi kerana beliau penggerak tarekat Ahmadiah di Malaysia.Tuk Kenali juga terkenal di negeri Kelantan kerana beliau mempunyai firasat dan firasatnya terjadi.Contohnya:
Di kampung dimana Tuk Kenali mengajar,ada peristiwa di mana penduduk kampung gemar berlaga kerbau.Pada suatu hari,kerbau milik Tuk Deraman menang dalam pertandingan dan dihiasinya kerbaunya itu dengan pakaian.Tuk Kenali bertanya:
"Kenapa dipakaikan kerbau ini pakaian?".Tuk Deraman menjawab dengan nada menyindir "Kerbau ini panas?".Tuk Kenali menjawab "Biarkan ia PANAS."
Esoknya,rumah Tuk Deraman hangus termasuk kandang kerbaunya kerana rumahnya terbakar.