Thursday, November 15, 2012
Makam Rasulullah SAW bahagian dalam.
Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434 h kepada blogger-blogger dan pembaca blog sekalian yang dirahmati dan dimuliakan.Sudah setahun lebih ku tidak membuka dan mengupdate blog ini kerana sibuk mengahadapi peperiksaan yang besar.
Seperti yang diketahui,Madinah al Munawwarah merupakan tanah suci kedua Islam selepas Makkah al Mukarramah.Di tanah inilah Rasulullah SAW mendoakan kesuburan tanah Madinah dan kesejahteraan penduduknya.Di tanah inilah wafatnya kekasih Allah dan bersaksinya Nabi atas orang mukmin yang meninggal dan dikebumikan di sana.
Setiap kali musim haji dan umrah,para penziarah dan jemaah tidak ketinggalan menziarahi kota Madinah setiap kali menunaikan ibadah haji dan umrah untuk mengucapkan selawat dan salam keatas Rasullullah SAW dan menziarahi maqamnya yang mulia.Sepertimana yang diketahui,ketika menziarahi makam Rasulullah saw dan dua sahabatnya yang mulia,para jemaah akan mendapat pemandangan makam seperti ini.
Namun,pada akhir-akhir ini,dunia Islam digemparkan dengan penemuan baru iaitu pemandangan makam Rasulullah SAW dari bahagian dalam.Agak mengejutkan bagaimana seseorang boleh menangkap gambar makam sedangkan pintu-pintu masuk makam telah berkunci dan ditutup selama 40 tahun selepas menukar kelambu makam Nabi yang terakhir.Namun perkara itu tidak mustahil kerana mungkin seseorang itu diberi kemuliaan oleh Allah untuk memasuki kamar pemakaman nabi atau disebut dalam bahasa arab الحجرة النبوية.Wallahu A'lam...
Bilik yang menempatkan makam Rasulullah SAW,Abu Bakar ra dan Umar ra yang ditutupi dengan kain kiswah.
Ruang pemakaman bahagian rumah Saidatina Fatimah az Zahra ra
Peta ruang pemakaman.
Kain kelambu ruang makam Rasulullah dan dua sahabat asyraf.
" style="">
Pemandangan ruang makam dari luar dan Raudhah.
Pintu masuk ke ruang makam.
Inilah gambar ruang dan makam Nabi SAW yang asli dan sebenar kerana telah dipaparkan beserta bukti.Sebarang kemusykilan boleh ditulis dalam komen.Semoga Allah memberkati usaha kita dalam menentang sebarang penipuan tentang gambar makam Rasulullah yang sebenarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)