Friday, April 30, 2010
Saturday, April 3, 2010
Sunan Kalijaga

Nama asal ialah Raden Mas Syahid.Beliau ialah anak raja iaitu Temenggong Wilotikto.Beliau menjadi pencuri dan hasilnya diberi pada fakir miskin.Beliau mencuri kerana tindakan para pembesar memaksa rakyat membayar cukai yg begitu mahal.Suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua.Orang tua itu ialah Sunan Bonang.
Sunan Kalijaga melihat di tangan orang tua itu ada tongkat berhulukan emas.Beliau cuba untuk mencurinya tapi dihalang Sunan Bonang.Sunan Bonang akhirnya mengetuk pokok pinang hingga menjadi emas.Melihat karamah Sunan Bonang itu,Sunan Kalijaga berguru dgn Sunan Bonang.Sunan Kalijaga adalah wali yang paling bnyak karamah dri wali2 yg lain.Beberapa tahun kemudian,Sunan Kalijaga pulang ke rahmatullah dan jenazahnya dikebumikan di Kadilangu.
Sunday, February 21, 2010
Sunan Bonang

Maulana Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang ialah anak Sunan Ampel dan abang pada Sunan Drajat.Beliau ialah orang besar agama di jawa.Ramai sami buddha dan hindu yang berdebat dengannya hingga ada yang masuk islam.Ada suatu cerita yang mengatakan apabila seorang sami berlayar ke tuban untuk berdebat dengannya kemudian kapal yang dinaikinya karam dan kitab-kitab islam yang dibacanya hanyut ke dalam lautan.Setibanya di sana (Tuban) dia bertemu dengan seorang tua (Sunan Bonang) lalu menceritakan apa yang terjadi.Sunan Bonang mamacakkannya tongkatnya lalu keluar air lautan dan kitab-kitab sami itu.Sami itu masuk islam kerana karamah Sunan Bonang.Sunan Bonang meninggal dunia di Tuban dan makamnya juga ada di sana.
Saturday, February 20, 2010
Sunan Ampel

Sunan Ampel atau Raden Rahmatullah ialah ahli 'Wali Songo' yang kedua selepas ayahnya Sunan Gresik.Tempat beliau tidak jelas kerana ada yang menyebut beliau lahir di Kemboja dan India.Beliau berdakwah di Ampel Denta dan mendirikan madrasah di situ.Beliau berkahwin dengan Nyi Ageng Manila dan hasil perkahwinannya beliau dapat 4 cahaya mata iaitu,Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang),Raden Qasim (Sunan Drajat),Dewi Murtasiah dan Nyi Ageng Maloka.Beliau seorang yang alim hingga para wali-wali yang lain memanggilnya 'ayahnda'.Beliau meninggal di Ampel Denta pada tahun 1481M dan makamnya terletak di Surabaya.
Sunan Gresik

Sunan Gresik atau nama sebenarnya Maulana Malik Ibrahim dilahirkan di Maghribi (morocco).Ayahnya bernama Ibrahim Asmaro yang mempunyai talian darah dengan Rasulullah saw.Beliau berhijrah ke tanah jawa untuk berdakwah setelah belajar ilmu agama dan tasawuf.Beliau adalah pelopor gerakan dakwah di tanah jawa yang terkenal iaitu 'SEMBILAN WALI' atau 'WALI SONGO'.Setelah berkahwin,beliau mendapat beberapa orang anak.Salah seorang anaknya telah mengikut jejak ayahnya.Namanya Raden Rahmatullah (Sunan Ampel).Setelah mendirikan beberapa madrasah,beliau kembali ke Rahmatullah.Akan tetapi misi menjalankan dakwah dijalankan oleh beberapa orang anaknya termasuk Sunan Ampel.Makam Sunan Gresik dimakam di Gresik.
Friday, February 19, 2010
Khatam annubuwwah

Khatam an nubuwwah ialah tanda Kedatangan Rasul Terakhir.Tanda ini ada pada antara belikat Rasulullah saw sahaja.Banyak kaifiyyat yg ada padanya antara nya ygtelah diriwayatkn oleh Bukhari dan Muslim "Barangsiapa yg melihatnya(tanda) itu pada waktu subuh,Allah akan pelihara hingga maghrib.Siapa yg melihatnya pada waktu maghrib,Allah pelihara hingga waktu subuh.Siapa yg melihatnya pada awal bulan,Allah pelihara hingga hujung bulan.Siapa yg lihat pada awal tahun,Allah pelihara hingga hujung tahun.Siapa yg melihatnya pada tahun itu dan MATI pada tahun itu juga,dia MATI DALAM IMAN.Siapa yg melihatnya dgn kasih sayang,ALLAH AKAN PELIHARA DIRINYA HINGGA MATI."
Subscribe to:
Posts (Atom)




