Sunday, May 30, 2010

Kelebihan Muhammad (SAW)


Michael H Hart seorang penulis buku yang terkenal iaitu The 100 :The most influential person in History memilih Rasulullah sebagai tokoh dalam buku yang pertama.Katanya: "Tujuan saya meletakkan Muhammad dalam tempat yang teratas sekali kerana ia akan mengejut pembaca dan disoal masyarakat.Beliau seorang tokoh yang paling berjaya dalam agama dan dalam dasar sekular.Kerana kombinasi sekularnya serta pengaruh agamanya membuatkan saya meletakkan Muhammad ke tempat yang teratas." La Martin sejarawan serta penulis buku yang bertajuk:History of The Turks menyebut tentang Rasulullah.Katanya:"Jika besarnya tujuan,kecilnya maksud dan memahami keputusan adalah 3 kritiria orang bijak.Janganlah bandingkan tokoh yang terhebat di zaman moden ini dengan Muhammad." Mahatma Gandhi,tokoh rohaniah India menyebut tentang Rasulullah (SAW).Katanya:"Saya lebih yakin bahawa ia bukanlah pedang yang memenangi tempat untuk Islam pada setiap waktu.Tetapi, ia adalah kejayaan dari seorang Nabi yang setia dan taat pada perjanjiannya,pada sahabatnya serta Umatnya serta peribadinya menyebabkan Tuhan memilihnya sebagai seorang Nabi dalam sesuatu misinya." Worth GainGurter,seorang penyair terkenal Jerman menyebut tentang Rasulillah (SAW).Katanya:"Dia seorang Nabi,bukan seorang penyair....Al Qurannya dilihat sebagai pembahagian hukum bukan untuk diberi pada manusia sebagai makhluk,untuk pelajaran mahupun hiburan."

No comments:

Post a Comment