Friday, June 4, 2010

Tanda-Tanda Kiamat

Tanda-tanda Kiamat sudah pun banyak muncul di bumi.Antaranya yang terbaru ialah peperangan antara Umat Islam dengan zionis Israel.Rasulullah (SAW) ada menyatakan tentang tanda-tanda hari Kiamat.Antaranya: 1:Umat islam akan memerangi Yahudi.

Sunday, May 30, 2010

Kelebihan Muhammad (SAW)


Michael H Hart seorang penulis buku yang terkenal iaitu The 100 :The most influential person in History memilih Rasulullah sebagai tokoh dalam buku yang pertama.Katanya: "Tujuan saya meletakkan Muhammad dalam tempat yang teratas sekali kerana ia akan mengejut pembaca dan disoal masyarakat.Beliau seorang tokoh yang paling berjaya dalam agama dan dalam dasar sekular.Kerana kombinasi sekularnya serta pengaruh agamanya membuatkan saya meletakkan Muhammad ke tempat yang teratas." La Martin sejarawan serta penulis buku yang bertajuk:History of The Turks menyebut tentang Rasulullah.Katanya:"Jika besarnya tujuan,kecilnya maksud dan memahami keputusan adalah 3 kritiria orang bijak.Janganlah bandingkan tokoh yang terhebat di zaman moden ini dengan Muhammad." Mahatma Gandhi,tokoh rohaniah India menyebut tentang Rasulullah (SAW).Katanya:"Saya lebih yakin bahawa ia bukanlah pedang yang memenangi tempat untuk Islam pada setiap waktu.Tetapi, ia adalah kejayaan dari seorang Nabi yang setia dan taat pada perjanjiannya,pada sahabatnya serta Umatnya serta peribadinya menyebabkan Tuhan memilihnya sebagai seorang Nabi dalam sesuatu misinya." Worth GainGurter,seorang penyair terkenal Jerman menyebut tentang Rasulillah (SAW).Katanya:"Dia seorang Nabi,bukan seorang penyair....Al Qurannya dilihat sebagai pembahagian hukum bukan untuk diberi pada manusia sebagai makhluk,untuk pelajaran mahupun hiburan."

Daulah Khilafah

Bendera Khilafah

Daulah Khilafah diasaskan oleh Kerajaan Uthmaniyah yang diketuai oleh seorang Khalifah seperti Khulafa' Ar Rasyidin.Daulah Khilafah menjalankan pemerintahannya mengikut cara Rasulullah saw yang berlandaskan Al Quran dan Al Hadis.Tetapi,kejatuhan Khilafah bermula pada abad yang ke 17 ketika kerajaan British bekerjasama dengan kerajaan Perancis untuk menjajah negara-negara Islam.Ibu kota Khilafah ialah di Istanbul,Turki.Mustafa Kemal Attaturk Laknatullah mengkhianati Turki yang ketika itu Daulat Islam terbesar di Arab.Beliau menolong British menggulingkan Daulah Khilafah agar beliau dapat menjadi presiden Turki sekaligus mengasaskan dasar sekular.Pada 2 Mac 1924,Khalifah di kepung dan dibuang negara sekaligus menjadikan hari itu sebagai penghapusan Daulah Khilafah.Akan tetapi,Khilafah masih lagi bergerak secara batin sehingga sekarang dengan menghantar bala tenteranya ke dalam hati muslimah dimana hak atau kemuliaannya dicabuli.Khilafah juga melakukan tindakan sedemikian pada umat Islam yang tergerak hati ketika melihat Umat Islam seperti di Palestin dizalimi. Pada suatu hari nanti,jika sekarang Islam menguasai 2/3 dunia.....Nanti,Khilafah akan bangkit dan menguasai 3/3 dunia dan dangan kebangkitan Islam nanti datangnya Hari Akhirat.

Friday, April 30, 2010

ANGELS IN MECCA

Video ini dirakam secara tidak sengaja di Masjidilharam.GKetika merakam,kelihatan lembaga seperi mengmbangkan sayapnya dan terban ke arah Kaabah.

Hujan Di Kaabah

Saturday, April 3, 2010

Sunan Kalijaga


Nama asal ialah Raden Mas Syahid.Beliau ialah anak raja iaitu Temenggong Wilotikto.Beliau menjadi pencuri dan hasilnya diberi pada fakir miskin.Beliau mencuri kerana tindakan para pembesar memaksa rakyat membayar cukai yg begitu mahal.Suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua.Orang tua itu ialah Sunan Bonang.
Sunan Kalijaga melihat di tangan orang tua itu ada tongkat berhulukan emas.Beliau cuba untuk mencurinya tapi dihalang Sunan Bonang.Sunan Bonang akhirnya mengetuk pokok pinang hingga menjadi emas.Melihat karamah Sunan Bonang itu,Sunan Kalijaga berguru dgn Sunan Bonang.Sunan Kalijaga adalah wali yang paling bnyak karamah dri wali2 yg lain.Beberapa tahun kemudian,Sunan Kalijaga pulang ke rahmatullah dan jenazahnya dikebumikan di Kadilangu.

Sunday, February 21, 2010

Sunan Bonang


Maulana Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang ialah anak Sunan Ampel dan abang pada Sunan Drajat.Beliau ialah orang besar agama di jawa.Ramai sami buddha dan hindu yang berdebat dengannya hingga ada yang masuk islam.Ada suatu cerita yang mengatakan apabila seorang sami berlayar ke tuban untuk berdebat dengannya kemudian kapal yang dinaikinya karam dan kitab-kitab islam yang dibacanya hanyut ke dalam lautan.Setibanya di sana (Tuban) dia bertemu dengan seorang tua (Sunan Bonang) lalu menceritakan apa yang terjadi.Sunan Bonang mamacakkannya tongkatnya lalu keluar air lautan dan kitab-kitab sami itu.Sami itu masuk islam kerana karamah Sunan Bonang.Sunan Bonang meninggal dunia di Tuban dan makamnya juga ada di sana.