Wednesday, January 19, 2011

Kisah Hajarul Aswad


Hajarul Aswad.Sebuah batu hitam yang terletak di penjuru timur Ka'abah dan bersebelahan dengan Pintu Ka'abah.Banyak kisah menceritakan tentang asal-usul Hajarul Aswad.Antaranya:

Kisah 1:Selepas membina Kaabah.Nabi Ibrahim (AS) menyuruh anaknya Nabi Ismail (AS) mencari batu untuk diletakkan di Kaabah.Ketika kembali,Nabi Ismail (AS) melihat cahaya dari langit lalu bergegas menuju ke Kaabah.Kemudian Nabi Ismail (AS) tanya apa yang terjadi.Nabi Ibrahim menjawab:

"JIbril (AS) datang kepadaku lalu menyerahkan tapak kakiku dan batu ini (Hajarul Aswad) dari Syurga."Hajarul Aswad dahulunya putih tetapi rami kafir mencimnya lalu menjadi hitam.

Kisah 2:Di zaman Rasulullah (SAW),ketika Baginda berusia 35 tahun.Ketika itu,ada satu pertelingkahan di antara 4 suku arab Quraisy yang merebut hendak melakkan Hajarul Aswad.Kemudian,Rasulullah (SAW) membuka serbannya lalu menyuruh 4 suku arab Quraisy memegang 4 penjuru serban tersebut.Kemudian,Rasulullah (SAW) meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya dan ketua2 Quraisy memuji tindakan Rasulullah (SAW).

Kisah 3:Selepas zaman Rasulullah (SAW),Islam mula naik di Arab,Afrika,Parsi dan Eropah.Hajarul Aswad dicuri oleh puak Qaramitah selama 20 tahun dan selepas 20 tahun berlalu,puak Qaramitah memulangkannya di tempat asalnya.

Meninggal ketika sujud.


Subhanallah.Itulah perkataan yang dapat diungkapkan ketika melihat gambar ni.Kes ni berlaku di Madinah Al Munawwarah dimana seorang muslim mendirikan solat di dalam masjid Nabawi.Kemudian jemaah melihat orang ini sujud terlalu lama.Lalu,orang mengejutkan dia.Akhirnya,baru mereka tahu dia baru meninggal dunia.

Kejadian ini pula berlaku pada awal tahun 2010 dimana seorang muslim menunaikan solat sunat sementara menunggu solat Jumaat.Selepas solat dia menahan sesuatu di peurt kemudian sujud lalu meninggal dunia.Para jemaah melihat seperti perkara biasa kerana mereka ingat muslim ini solat.Tetapi seorang jemaah melihat dia ini sujud lama.

Jemaah ini tadi mengejutkan muslim ini tadi.Baru jemaah ini tahu bahawa dia sudah meninggal dunia.

Kesahihan Kubur atas Kubah


Terpulang kepada pembaca sama ada nak percaya atau tidak.Menurut seorang syeikh di Madinah al Munawwarra 90 tahun dulu seorang hamba Allah naik ke kubah untuk merobohkan kubah Nabawi yang di dalamnya terdapat makam Saidina Muhammad Rasulullah (SAW).Tiba-tiba dia disambar petir dan mati serta-merta mati dan mayatnya melekat diatas kubah.

Orang ramai cuba hendak menurunkan mayat hamba Allah itu tapi tak berjaya.Akhirnya die dikebumikan diatas kubah itu dan diletak kotak hijau di atas mayat.

Ada yang mengatakan ia benar.Dan ada yang kata ia permainan Wahabbi serta Israiliyyat.Apapun yang berlaku,ia adalah kehendak Allah jua.Wallahua'alam.....

'Kelebihan' orang bakhil


Ada satu riwayat mengatakan ketika Ummul Mukminin Saidatina Aisyah (RA) sedang menjahit baju di dalam sebuah bilik dan ditemani cahaya pelita.Kemudian jarumnya terjatuh ke lantai dan tiba-tiba Rasulullah (SAW) masuk dan tubuh badan Rasulullah (SAW) bercahaya.Saidatina Aisyah bertanya:

"Ya Rasulullah,siapakah yang tidak dapat melihat wajahmu di Akhirat kelak?".Lalu Rasulullah (SAW) bersabda:

"Orang yang tidak bersedekah padaku selawat.Mereka itu adalah orang yang bakhil dan tidak akan dapat melihat wajahku di Akhirat kelak."

Friday, June 4, 2010

Tanda-Tanda Kiamat

Tanda-tanda Kiamat sudah pun banyak muncul di bumi.Antaranya yang terbaru ialah peperangan antara Umat Islam dengan zionis Israel.Rasulullah (SAW) ada menyatakan tentang tanda-tanda hari Kiamat.Antaranya: 1:Umat islam akan memerangi Yahudi.

Sunday, May 30, 2010

Kelebihan Muhammad (SAW)


Michael H Hart seorang penulis buku yang terkenal iaitu The 100 :The most influential person in History memilih Rasulullah sebagai tokoh dalam buku yang pertama.Katanya: "Tujuan saya meletakkan Muhammad dalam tempat yang teratas sekali kerana ia akan mengejut pembaca dan disoal masyarakat.Beliau seorang tokoh yang paling berjaya dalam agama dan dalam dasar sekular.Kerana kombinasi sekularnya serta pengaruh agamanya membuatkan saya meletakkan Muhammad ke tempat yang teratas." La Martin sejarawan serta penulis buku yang bertajuk:History of The Turks menyebut tentang Rasulullah.Katanya:"Jika besarnya tujuan,kecilnya maksud dan memahami keputusan adalah 3 kritiria orang bijak.Janganlah bandingkan tokoh yang terhebat di zaman moden ini dengan Muhammad." Mahatma Gandhi,tokoh rohaniah India menyebut tentang Rasulullah (SAW).Katanya:"Saya lebih yakin bahawa ia bukanlah pedang yang memenangi tempat untuk Islam pada setiap waktu.Tetapi, ia adalah kejayaan dari seorang Nabi yang setia dan taat pada perjanjiannya,pada sahabatnya serta Umatnya serta peribadinya menyebabkan Tuhan memilihnya sebagai seorang Nabi dalam sesuatu misinya." Worth GainGurter,seorang penyair terkenal Jerman menyebut tentang Rasulillah (SAW).Katanya:"Dia seorang Nabi,bukan seorang penyair....Al Qurannya dilihat sebagai pembahagian hukum bukan untuk diberi pada manusia sebagai makhluk,untuk pelajaran mahupun hiburan."